Friday, 16 December 2011

Sejarah Hidup Nabi Muhammad

Sejarah Nabi Muhammad SAW

Wednesday, 16 November 2011

Peristiwa Hajarul Aswad

Ketika berlaku banjir besar di Mekah, bangunan Kaabah telah rosak. selepas Kaabah dibaiki semula berlaku perselisihan faham antara beberapa suku kaum tentang siapakah yang sepatutnya meletakkan Hajarul Aswad. Antara kaum-kaum yang berselisih faham termasuklah Bani 'Adi, Bani Auf, Bani Abdud Dar dan Bani Makhzum. Sebagai jalan penyelesaian, mereka bersepakat untuk memilih orang yang pertama memasuki kawasan Kaabah pada keesokkan harinya sebagai hakim. Dengan takdir Allah, Nabi Muhammad saw adalah orang yang pertama memasukinya. Baginda dengan sifat adil, jujur dan bijaksana telah meletakkan hajarul aswad di atas serbannya. Lalu, baginda meminta ketua-ketua kaum bersama-sama membawa Hajarul Aswad dan baginda meletakkan ke tempat asalnya iaitu di penjuru sebelah timur Kaabah.

Sunday, 13 November 2011

Perkahwinan Nabi Muhammad saw

  • Nabi Muhammad saw berkahwin dengan Siti  Khadijah binti Khuwailid semasa baginda berumur 25 tahun. Umur Khadijah ketika itu 40 tahun. Khadijah adalah seorang bangsawan yang berhati mulia. Beliau juga seorang usahawan yang berjaya di kota Mekah.

  • Khadijah berkahwin dengan Nabi Muhammad kerana tertarik dengan sifat dan akhlak mulia baginda. Baginda seorang yang jujur, rajin, sabar dan bijak menguruskan perniagaan.

  • Selepas berkahwin, baginda meneruskan perniagaannya dan hidup secara sederhana. Baginda hidup aman, bahagia dan penuh kasih sayang.

  • Baginda dikurniakan enam orang cahaya mata. Anak lelaki bernama Qasim dan Ibrahim. Manakala, anak perempuan mereka bernama Ruqayyah, Zainab, Ummu Kalthum dan Fatimah. Dengan kelahiran beberapa orang cahaya mata, kehidupan baginda sekeluarga semakin ceria dan bahagia. Selepas kewafatan Khadijah, Rasulullah mendirikan rumahtangga dengan beberapa orang wanita lain, antaranya ialah Aisyah binti Abu Bakar, Hafsah binti Umar, Sufiah binti Yahya dan Maimunah binti Harith.

video santai

Loading...